Saturday, June 9, 2007

TaliTie Membantu Anda Mengikat Kasih Sayang

TaliTie diasaskan dengan visi jangka panjang membantu individu dan pasangan, mengikat tali kasih sayang melalui simpulan tali ciptaan kami di samping merundingkan hadiah berupa akesori pilihan bertali dan alatali seperti tali leher, kasut bertali, jam tangan, tali persahabatan, tali penyokong, rakhi, bracelet, wristlet, wrist band, gelang, kalung dan anting-anting. Misi kami ialah membantu anda memilih item dan ungkapan yang sesuai untuk mengikat orang yang tersayang di sekeliling anda seperti suami, isteri, anak, ibu, bapa, guru, adik beradik, jiran tetangga, dan warga dunia. Kami semua mahu amalan ini dipraktikkan. Anda bukan sahaja menemui aksesori yang anda mahu di TaliTie, tetapi berharap anda luangkan sedikit masa berkualiti anda dengan menyarungkan sendiri barangan di tubuh yang tersayang. Ini sesuai dengan slogan kami iaitu Ikat Si Dia Untuk Pikat Hatinya.

Selain itu kami juga menjual item terpilih lain seperti beg tangan, dan menjadi affiliate kepada beberapa barangan terpilih. Kami mulakan langkah pertama ini, dengan berkongsi aspirasi kami dengan anda semua. Kami mahukan anda memahami bahawa kami membantu anda mengikat si dia untuk memikat hatinya. Justeru kami mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh dikemukakan melalui komen di ruangan ini atau mengutus email kepada kami di alamat bluemahseer@yahoo.com

Salam manis daripada saya,
Abd Bashid Harun
Presiden TieWrist Port


No comments: